Soalan Lazim
1. Apakah undang-undang yang mengawal Jabatan Bantuan Guaman?
Akta Bantuan Guaman 1971 yang mula berkuatkuasa pada 24 April 1971 ialah undang-undang yang mengawal Jabatan Bantuan Guaman. Perjalanan pentadbiran harian JBG dikawal oleh Peraturan-Peraturan Bantuan dan Nasihat Guaman 1970 dan Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Pengantaraan) 2006.

2. Apakah objektif Jabatan Bantuan Guaman? Jabatan Bantuan Guaman telah ditubuhkan pada September 1970 dan objektifnya adalah untuk memberi bantuan dan nasihat guaman serta khidmat pengantaraan kepada mereka yang tidak berkemampuan dan untuk memberi kesedaran undang-undang kepada masyarakat dengan cekap,tepat dan berkesan.
3. Apakah kriteria yang melayakkan saya mendapat bantuan guaman? Anda layak mendapat bantuan guaman sekiranya anda mempunyai kes yang baik untuk diwakili di mahkamah dan memenuhi pra-syarat seperti yang berikut: a.
Sumber kewangan anda tidak melebihi RM25,000.00 setahun; atau b. Sumber kewangan anda melebihi RM25,000.00 setahun tetapi tidak melebihi RM30,000.00 setahun.
Sumber kewangan anda tidak melebihi RM25,000.00 setahun; atau b. Sumber kewangan anda melebihi RM25,000.00 setahun tetapi tidak melebihi RM30,000.00 setahun.
4. Sekiranya saya layak mendapat bantuan guaman, adakah saya dikenakan apa-apa bayaran? Sekiranya sumber kewangan tahunan anda di antara RM25,000.00 hingga RM30,000.00, anda dikehendaki membayar sumbangan sebanyak RM300.00.
5. Apakah keistimewaan orang yang dibantu? Keistimewaan orang yang dibantu adalah seperti yang berikut: a. Tidak akan dikenakan apa-apa bayaran perundangan, pentadbiran atau proses kecuali bayaran RM2.00 untuk pendaftaran, bayaran RM300.00 sebagai sumbangan (jika perlu mengikut kelayakan) dan bayaran nominal untuk perbelanjaan (jika diperlukan); b. Tidak boleh dikenakan apa-apa bayaran mahkamah, bayaran-bayaran yang kena dibayar untuk penyampaian apa-apa proses dan apa-apa bayaran yang patut untuk Sherif berkaitan dengan pelaksanan proses c. Berhak dibekalkan dengan percuma salinan nota keterangan hakim dalam mana-mana prosiding; d. Tidak boleh dikenakan kos kepada mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding; dan e. Boleh berhak ke atas kos dalam mana-mana prosiding yang kos dibenarkan seolah-olah dia bukan seorang yang dibantu.
Nota : Sekiranya anda memerlukan nasihat perundangan lanjut, sila hadir ke Ibu Pejabat JBG Putrajaya (03-8885 1000) atau ke Cawangan JBG yang berdekatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan