| Friday, 10 December 2010 12:41 |
Parlimen Malaysia telah meluluskan Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat yang bakal berkuatkuasa pada 15 Disember ini. Akta yang digubal berdasarkan kepada akta yang sama terdapat di United Kingdom dan Amerika Syarikat ini telah dibentangkan pada awal Mei tahun ini. Akta ini juga merupakan inisiatif perundangan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam memerangi rasuah dan salah laku penyelewengan. Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan sebagai pemberi maklumat atau ‘whistle blower’. ‘Whistle blower’ diambil daripada perbuatan polis Inggeris yang meniup wiselnya apabila melihat sesuatu kejadian jenyah. ‘Whistle blower’ kini lebih dikenali sebagai pemberi maklumat; individu yang melaporkan salah laku, memberi maklumat tentang rasuah dan penyelewangan di dalam mana-mana organisasi atau agensi. Perlaksanaan akta ini bererti Malaysia memenuhi satu lagi konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menangani rasuah. Akta ini memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat daripada diambil tindakan undang-undang sivil atau jenayah terhadapnya berdasarkan tuduhan yang dibuatnya. Ia juga memberi perlindungan daripada kecaman pihak-pihak tertentu. Tuduhan yang dibuat akan dinilai dan disiasat mengikut prosedur yang berkenaan. Walau bagaimanapun, perlindungan dalam akta ini masih terhad apabila pemberi maklumat hanya akan dilindungi sekiranya mereka tidak menyampaikan maklumat kepada media. Datuk Liew Vui Kong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga menyebut, pemberi maklumat yang mengeluarkan kenyataan kepada media tidak terlindung di bawah akta ini. Pada hakikatnya, medialah yang bakal ‘memaksa’ pihak berwajib untuk mengambil peduli kes tersebut dan menyelesaikannya. Pada awal Disember lalu, saya telah menyertai 4th Human Rights Defender Forum anjuran FORUM-Asia di Manila, Filipina dan bertemu dengan Rodolfo Noel Lozada Jr., seorang pemberi maklumat yang telah berani melaporkan salah laku Jose Miguel Arroyo yang telah memberikan sejumlah besar kontrak kepada ZTE, sebuah firma telekomunikasi dari China. Rodolfo atau lebih dikenali sebagai Jun Lozada merupakan mantan presiden Philipines Forest Corporation di bawah Bahagian Alam Sekitar dan Sumber Alam Filipina. Beliau telah berkongsi pengalamannya semasa mendapatkan perlindungan daripada pihak-pihak tertentu yang lebih menginginkan beliau ‘hilang’. Mujurlah, ada teman yang sudi membantunya dan menyembunyikan beliau sekeluarga di sebuah bilik kecil. Tidak tahan dengan penderitaan keluarganya, Jun Lozada telah menghubungi pihak media dan menceritakan segala-galanya. Beliau menyebut, sekiranya beliau tidak menghubungi media pada waktu itu, mungkin telah terlambat baginya dan keluarga. Menurutnya, media Filipina memainkan peranan penting bagi keselamatannya. Azwa Abd Rahman ERA Consumer Malaysia |
Ahad, 30 Januari 2011
BERKESANKAH AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT?
Jabatan Bantuan Guaman?
Soalan Lazim
1. Apakah undang-undang yang mengawal Jabatan Bantuan Guaman?
Akta Bantuan Guaman 1971 yang mula berkuatkuasa pada 24 April 1971 ialah undang-undang yang mengawal Jabatan Bantuan Guaman. Perjalanan pentadbiran harian JBG dikawal oleh Peraturan-Peraturan Bantuan dan Nasihat Guaman 1970 dan Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Pengantaraan) 2006.

2. Apakah objektif Jabatan Bantuan Guaman? Jabatan Bantuan Guaman telah ditubuhkan pada September 1970 dan objektifnya adalah untuk memberi bantuan dan nasihat guaman serta khidmat pengantaraan kepada mereka yang tidak berkemampuan dan untuk memberi kesedaran undang-undang kepada masyarakat dengan cekap,tepat dan berkesan.
3. Apakah kriteria yang melayakkan saya mendapat bantuan guaman? Anda layak mendapat bantuan guaman sekiranya anda mempunyai kes yang baik untuk diwakili di mahkamah dan memenuhi pra-syarat seperti yang berikut: a.
Sumber kewangan anda tidak melebihi RM25,000.00 setahun; atau b. Sumber kewangan anda melebihi RM25,000.00 setahun tetapi tidak melebihi RM30,000.00 setahun.

4. Sekiranya saya layak mendapat bantuan guaman, adakah saya dikenakan apa-apa bayaran? Sekiranya sumber kewangan tahunan anda di antara RM25,000.00 hingga RM30,000.00, anda dikehendaki membayar sumbangan sebanyak RM300.00.
5. Apakah keistimewaan orang yang dibantu? Keistimewaan orang yang dibantu adalah seperti yang berikut: a. Tidak akan dikenakan apa-apa bayaran perundangan, pentadbiran atau proses kecuali bayaran RM2.00 untuk pendaftaran, bayaran RM300.00 sebagai sumbangan (jika perlu mengikut kelayakan) dan bayaran nominal untuk perbelanjaan (jika diperlukan); b. Tidak boleh dikenakan apa-apa bayaran mahkamah, bayaran-bayaran yang kena dibayar untuk penyampaian apa-apa proses dan apa-apa bayaran yang patut untuk Sherif berkaitan dengan pelaksanan proses c. Berhak dibekalkan dengan percuma salinan nota keterangan hakim dalam mana-mana prosiding; d. Tidak boleh dikenakan kos kepada mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding; dan e. Boleh berhak ke atas kos dalam mana-mana prosiding yang kos dibenarkan seolah-olah dia bukan seorang yang dibantu.
Nota : Sekiranya anda memerlukan nasihat perundangan lanjut, sila hadir ke Ibu Pejabat JBG Putrajaya (03-8885 1000) atau ke Cawangan JBG yang berdekatan.
http://bheuu.bpa.jpm.my
Soalan-soalan Lazim
Jabatan Perdana Menteri boleh menyiasat aduan-aduan berkaitan tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan pentadbiran agensi-agensi Kerajaan Malaysia di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan (kecuali di Sabah dan Sarawak hanya di peringkat persekutuan) untuk menentukan sama ada tindakan itu salah, tidak adil atau tidak mengikut lunas undang-undang.
Tiada bayaran dikenakan.
Perlu memaklumkan hubungan anda dengan pengadu. Anda perlu mendapatkan keizinan daripadanya. Bagaimanapun, kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi dan nombor telefon.
Ya. Jabatan Perdana Menteri menerima aduan tanpa nama atau histleblower’. Pada kebiasaannya kami tidak akan melakukan siasatan melainkan aduan itu membangkitkan sesuatu perkara yang serius dan terdapat maklumat mencukupi dalam aduan untuk membolehkan kami menjalankan siasatan.
Jenis aduan yang diterima oleh Jabatan Perdana Menteri adalah mengenai kelewatan / tiada tindakan, tindakan tidak adil, kekurangan kemudahan awam, kepincangan dasar dan kelemahan undang-undang, salah guna kuasa/penyelewengan, salah laku anggota awam, kegagalan mengikut prosedur, kegagalan penguatkuasaan dan kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.
Semua aduan boleh dirujuk kepada Jabatan Perdana Menteri kecuali aduan-aduan terhadap dasar Kerajaan, perkara-perkara di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kira-kira Awam, Badan Pencegah Rasuah dan Biro Bantuan Guaman. Kami tidak menerima aduan-aduan yang telah dirujuk kepada peguam atau mahkamah.
Anda boleh mengemukakan aduan melalui telefon, hadir sendiri, menulis surat, faks, laman web kami dan semasa kami mengadakan programprogram bertemu orang ramai.
Aduan anda perlu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk membolehkan Jabatan Perdana Menteri menilai kedudukannya dan cara terbaik untuk membantu. Kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat-maklumat peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi dan nombor telefon untuk membolehkan kami melaporkan perkembangan siasatan. Kami boleh merahsiakan butir-butir peribadi ini jika diminta oleh pengadu.
Sila beritahu kami dengan jelas apa yang anda mahu Jabatan Perdana Menteri siasat. Berikan sebanyak mungkin maklumat termasuk salinan-salinan surat atau dokumen yang menunjukkan anda telah berusaha menyelesaikan aduan itu dengan agensi berkenaan. Beritahu kami hasil yang dikehendaki.
Jabatan Perdana Menteri akan menghantar Surat Akuan Terima kepada anda dengan segera. Kami akan memberi pertimbangan yang teliti ke atas aduan anda. Dalam kebanyakan kes, kami akan menelefon agensi berkenaan atau pegawai yang terlibat dan meminta penjelasan. Kami akan menulis kepada mereka untuk mendapatkan maklum balas dan maklumat yang perlu. Kebanyakan aduan akan diselesaikan di peringkat ini. Sekiranya aduan membangkitkan isu yang serius dan kompleks, atau kami tidak puas hati dengan tindak balas awal agensi, kami mungkin akan membuat siasatan lanjut. Sekiranya kami tidak dapat menerima aduan anda atas sebab-sebab tertentu, kami akan menjelaskannya kepada anda. Anda akan diberitahu perkembangan siasatan.
Sekiranya kami mendapati aduan anda mempunyai asas, keputusannya akan dilaporkan kepada anda dan agensi berkaitan. Jabatan Perdana Menteri mungkin akan mencadangkan supaya agensi menimbang semula atau mengubah tindakan atau keputusan; supaya undang-undang, peraturan atau prosedur dipinda; dan/atau agensi perlu mengambil tindakan lain yang sesuai dengan keadaan.
Jabatan Perdana Menteri tidak boleh menolak keputusan agensi-agensi, atau memaksa mereka mematuhi cadangan-cadangan kami. Bagaimanapun pada umumnya agensiagensi menerima baik cadangan-cadangan Jabatan Perdana Menteri. Jika mereka tidak menerima dan jika Jabatan Perdana Menteri berpandangan sesuatu perkara itu untuk kepentingan awam, kami boleh bawa isu yang berkaitan kepada Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara. Keputusan-keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa mesti dilaksanakan. Kami juga boleh mengemukakan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan orang ramai kepada Jemaah Menteri.
Kami akan menyelesaikan aduan-aduan anda seberapa segera yang boleh. Bagi kes-kes yang rumit yang melibatkan beberapa agensi, ia mungkin mengambil masa untuk menyiasat. Piagam Pelanggan kami menetapkan piawaian perkhidmatan dengan lebih terperinci.
Perceraian Bukan Pengakhir Kehidupan
Perceraian adalah satu perkara yang amat merugikan. Ia seperti satu krisis kehidupan yang memberi impak amat besar terhadap orang yang diceraikan. Impak tersebut bukan sahaja terhadap individu terbabit malah anak-anak, adik- beradik dan ahli keluarga yang lain.
Kalau anda wanita yang mempunyai pengalaman atau sedang melalui proses perceraian, jangan menganggap anda berseorangan kerana di luar sana ada ramai yang senasib dengan anda.
Perasaan yang ditanggung? Sudah tentu menyakitkan. Impak perceraian tersebut bukan setakat pada diri anda malah seluruh ahli keluarga juga merasai kepedihannya.
Antara yang dirasakan oleh mangsa cerai ialah kehilangan, dikhianati dan keliru. Semua perkara ini bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh mereka yang terlibat dalam perceraian.
Persoalan yang sering berlegar di fikiran ialah apa yang akan berlaku selepas ini? Ketahuilah, perceraian bukanlah pengakhir kehidupan.
Ia bukan satu perkara yang mudah. Juga bukanlah satu pilihan yang telah dirancang, namun jangan risau kerana terdapat beberapa langkah yang boleh diambil apabila anda terpaksa berhadapan dengan situasi baru ini.
"Saya sudah tidak sanggup melalui pengalaman sebegini."
Perceraian memang menyakitkan. Tiada satu ubat pun yang boleh menghilangkan dengan segera. Ia adalah satu proses pemulihan yang mengambil masa mungkin sehingga bertahun lamanya.
Jika anda mengalami perceraian, anda pastinya akan berasa sedih dan dinafikan. Hati anda hancur dan sedih hingga mungkin menyebabkan anda tidak mahu mempunyai hubungan dengan sesiapapun.
Jangan sesekali membiarkan emosi menguasai diri kerana inilah masanya anda perlu membangunkan diri anda kembali. Anda perlu meletakkan kehidupan pada tahap yang paling stabil.
Memang perasaan sedih itu normal dan tidak dinafikan juga tangisan akan memberikan kelegaan sekali gus memulihkan hati secara perlahan.
Tiada masalah jika anda memberikan ruang untuk memikirkan kembali masalah tersebut tetapi bangkitlah untuk satu sinar yang lebih baik.
"Saya masih mencintainya dan amat berharap dia menerima saya kembali."
Kebanyakan isteri yang telah diceraikan mengakui masih menyayangi bekas suami. Ini kerana mereka telah memberikan sepenuh hati dan mengabdikan diri kepada pasangan masing-masing.
Bagi isteri hanya maut yang boleh memisahkan dengan suami, tetapi malangnya hanya isteri yang beranggapan sedemikian. Suami tidak mahu meneruskan perjanjian yang telah dimeterai semasa dia melafazkan akad nikah dahulu.
Anda tidak mempunyai kuasa untuk mengubah fikiran suami dan sekalipun anda memaksa ia mungkin tidak akan berlaku.
Apabila kembali tenang, mungkin anda boleh cuba fikirkan siapa yang anda mahukan untuk menemani hidup sepanjang hayat.
Sudah tentu suami yang menyayangi diri anda dan menerima anda seadanya.
Apabila anda seikhlas hati menyintai seorang lelaki, pasti anda mengharapkan dia juga berperasaan sama terhadap anda bukan?
Cinta sejati perlu lahir dari hati yang ingin dicintai. Cinta yang ditolak dan diri yang dikhianati memang memeritkan. Tetapi mahukah anda apabila pasangan anda kembali kepada anda tanpa perasaan cinta dan ikhlas? Tidak, bukan!
Sudah tentu anda mahukan suami yang dulunya pernah mengucap cinta pada anda saat melafazkan pernikahan, walau anda inginkan saat itu kembali kini, anda perlu menerima hakikat yang anda tidak boleh memaksa dia mencintai anda seperti dulu.
"Saya rasa seperti tidak wujud di hati suami dan dikhianati."
Walaupun diketepikan oleh suami jangan sekali-kali merasakan dia telah mengubah keyakinan diri anda. Anda tetap individu yang mempunyai harga diri dan disayangi oleh ahli keluarga serta sahabat.
Perceraian itu tidak akan mengubah nilai baik yang ada pada anda. Ingatlah manusia adalah ciptaan Tuhan dengan mempunyai matlamat, mempunyai bakat, pendapat dan boleh mengubah kehidupan kepada yang lebih baik.
Memang perceraian membuatkan anda berasa marah. Tetapi anda perlu mengajar diri untuk berhadapan dengan perasaan negatif tersebut.
Tidak dinafikan juga kemarahan itu boleh memberikan anda motivasi dan meningkat diri serta kerjaya ke tahap yang lebih baik.
Tetapi awas, silap langkah, kemarahan boleh membinasakan diri anda kembali.
"Nampaknya apa saja yang saya buat semuanya tidak kena...hidup saya kini tidak sebaik dulu."
Lapan puluh peratus daripada tenaga digunakan untuk 'memproses' perasaan. Sebab itu, seseorang akan berasa letih jika terlalu tertekan dengan masalah. Tahap keyakinan diri juga memang akan terjejas.
Selepas berkahwin, sedikit sebanyak hubungan bersama rakan-rakan biasanya akan berkurangan. Selepas bercerai anda rasa keseorangan dan mahu mengasingkan diri.
Akhirnya sikap tersebut memberi kesan kepada prestasi kerja dan seterusnya kewangan anda.
Lawan perasaan tersebut, beritahu diri dan buat pilihan untuk jalan yang lebih baik.
"Apakah pilihan yang saya boleh ambil selepas diceraikan?"
Dapatkan khidmat sokongan dan kaunseling. Cari seorang kaunselor bertauliah yang pernah anda dengar menerusi media atau risalah. Kini terdapat juga pusat perlindungan dan penjagaan sementara untuk mangsa cerai.
Ucap selamat tinggal pada masa lampau, carilah pekerjaan baru dan sumber kewangan jika itulah isu utama perceraian.
Jika tidak tahu caranya, minta tolong pada sesiapa yang tahu untuk membuat resume. Banyak laman web yang menyediakan khidmat mencari pekerjaan untuk mereka yang memerlukan.
Tetapkan matlamat jangka pendek pasti akan memberi satu sinar baru. Sebagai contoh, anda boleh mulakan gaya hidup baru dengan cara yang lebih sihat.
Pastikan anda bersenam setiap hari dan makan makanan yang berkhasiat. Terima hakikat bahawa anda telah bercerai. Cari buku motivasi tentang kehidupan selepas bercerai dan bina semangat baru.
Berdoa dan beribadat mampu memberi kekuatan dalaman. Malah apabila anda mendekatkan diri kepada Tuhan anda akan lebih mengenali diri anda dan berasa bersyukur dengan apa yang telah Tuhan beri.
Apabila anda tenang, semua perkara dapat diatasi dengan baik.

Apa punca anak derhaka
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat.
hubungan rapat.
Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya...bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif...itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam.
Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup."
Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa
dan doa mereka mudah diterima.
dan doa mereka mudah diterima.
Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak.
Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah
kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya.

Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta
pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini.

Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa."
Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.

Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya.
Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.
Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri
Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.

Tips;
1) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2) Berikan anak anda pelukkan setiap hari
(Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh.
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8) Dengarlah cerita anak anda,
cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.
Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.14) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20). Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Sabtu, 29 Januari 2011
Jika anda
1) Jika anda membaca Al-Quran empat mukasurat sahaja (dua helai) setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan 30 juz dalam masa sebulan.
2) Jika anda membaca Sahih Bukhari 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkan bacaan keseluruhan Sahih Bukhari dalam masa 2 bulan sahaja. (Cetakan Dar Al-Salam: 1300 halaman)
3) Jika anda membaca Mukhtasar Sahih Muslim 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi, dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja. (CetakanDar Al-Fikr: 670 halaman).
4) Jika anda membaca 45 hadis sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan bacaan Bulugul Maram dalam masa seminggu.
5) Jika anda membaca 16 hadis sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan bacaan Musnad Ahmad dalam masa setahun sahaja. (50 jilid)
6) Jika anda membaca kitab Syamail Al-Nabi S.A.W oleh Imam Tirmzi, sebanyak 27 mukasurat sehari, anda dapat menamatkannya dalam masa seminggu.
7) Jika anda membaca kitab Al-Adab Al-Mufrad oleh Imam Bukhari, sebanyak 15 hadis sehari, anda dapat menamatkannya dalam masa 3 bulan. Dan jika anda membacanya sebanyak 45 hadis sehari anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja.
8) Jika anda membaca kitab Ahkam Al-Quran oleh Imam Syafie sebanyak 37 mukasurat setiap hari, anda dapat menamatkannya dalam masa 2 minggu.
9) Jika anda menghafal satu rangkap syair sahaja setiap hari daripada kitab Alfiyah Ibn Malik, anda dapat menghafal keseluruhan 1000 rangkap syair Alfiyah dalam masa tidak sampai 3 tahun.
10) Jika anda menghafal dua hadis sehari, anda dapat menamatkan hafalan keseluruhan hadis-hadis Umdatul Ahkam dalam masa 8 bulan.
11) Jika anda membaca dan menghafal satu persoalan feqah sehari, berserta dengan khilaf dan dalilnya, maka dalam tempoh 3 tahun anda sudah menguasai lebih 1000 masalah feqah.
12) Jika anda menghafal 2 rangkap syair sahaja sehari, anda dapat menghafal keseluruhan syair matan Al-Baiquniyyah (Mustalah Hadis) dalam masa tidak sampai 3 minggu.
13) Jika anda menghafal 2 hadis sahaja setiap hari secara konsisten bermula hari ini, percayalah 30 tahun akan datang anda boleh berbangga di hadapan cucu-cucu anda dengan berkata, “Atuk sudah menghafal lebih 20,000 hadis”.
~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata LAKI-LAKI sebanyak 24 dan kata-kata PEREMPUAN juga berjumlah yang sama sebanyak 24 ?
~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâ??an terdapat kata-kata DUNIA sebanyak 115 dan kata-kata AKHIRAT juga berjumlah yang sama sebanyak 115 ?
~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata MALAIKAT sebanyak 88 dan kata-kata SYAITAN juga berjumlah yang sama sebanyak 88 ?
~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata HIDUP sebanyak 145 dan kata-kata MATI juga berjumlah yang sama sebanyak 145 ?
~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata LAUT sebanyak 32 dan kata-kata DARATAN berjumlah sebanyak 13 ?
Dimana 32 + 13 = 45
~ Luas Lautan 32/45 x 100% = 71,11% dari permukaan bumi dan Luas Daratan 13/45 x 100% = 28,89% dari permukaan bumi. Dan ini terbukti
Sumber: www.jiwang.org

Tahukah anda
# KELAWAR sentiasa membelok ke kanan apabila keluar dari gua.
# KUCING adalah satu-satunya haiwan yang tidak mempunyai deria rasa.
# Sebatang PENSEL mampu menghasilkan garis lurus sehingga 56km. Jika 2 bilion pensel ia mampu mengelilingi dunia sebanyak 9 kali.
# Raja RAMA RAMA mempunyai deria rasa sebanyak 12,000 kali ganda dari manusia.
# Anda dikehendaki melalui 1792 anak tangga untuk sampai kepuncak menara EIFFEL.
# JERUNG tidak boleh buka mulut dalam jangka masa yang lama kerana boleh mengakibatkan ia mati lemas.
# Gunung berapi terbesar di alam semesta adalah OLYMPUS MONS yang terletak di planet Marikh.
# Ikan HARUAN mampu mengesan 27000 jenis bau skali gus ia adalah haiwan paling sensitif dengan bau.
# Nisbah SEMUT dengan manusia adalah 1,000,000:1
# Tanduk BADAK SUMBU bukanlah dari tulang, tetapi ia hanyalah dari bulu yg terkumpul dan padat.
# BATU KARANG terbesar dikeluarkan dari badan manusia adalah seberat 1.36kg .
# Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.
# Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
# Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
# Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
# Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
# Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
# Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
# Bahwa simbol mata uang dollar $ tidak diketahui berasal dari mana, namun kemungkingan berasal dari huruf U dan S (U.S)?
# Bahawa sebelum wang kertas digunakan, Amerika menggunakan kulit rusa (buckskins)? Hingga sekarang orang mengenall istilah bucks.
# World Wide Web diperkenalkan pada tahun 1989, Beatles dibentuk pada tahun 1959, Nestle memperkenalkan produk kopi instan pada tahun 1938.
# Semasa di havard university, edward kennedy telah digantung dari peperiksaan spanish kerana menipu.
# Pemutar skru telah dicipta sebelum skru dicipta.
# Pemutar skru jenis philips telah dicipta di oregon.
# Bendera kebangsaan italy telah diilhamkan oleh Napoleon Bonaparte.
# Cahaya dari matahari memerlukan 8.5 minit untuk sampai ke bumi.
# Tibet ialah negara tertinggi didunia iaitu pada kedudukan 4500m dari paras laut.
# Tiada tanah di kutub utara, hanya ais yang melitupi permukaan laut.
# Terdapat lebih 4 juta kereta di brazil menggunakan gasohol berbanding petrol, gasohol ialah minyak yang dihasilkan dari tebu.
# Gajah menghabiskan masa selama 23 jam untuk makan.
# Anak ikan paus biru yang baru lahir mempunyai berat 7 tan ketika lahir.
# Istana terbesar didunia yang mengandungi 1788 buah bilik pernah dibina untuk sultan brunei.
# Levi Strauss membuat sepasang jeans biru pada tahun 1850, dibuat untuk digunakan oleh pelombong emas.
# Tahukah anda bahawa mulut kita menghasilkan 1 liter air liur setiap hari...
# Jantung manusia dapat menyemburkan darah sejauh 30 kaki
# Dalam waktu 24 jam, tubuh manusia rata-rata melakukan aktifiti:
# Tahukah anda kita tidak akan berasa GELI bila kita mengeletek diri kita sendiri.... hehehe

- Jantung berdenyut sebanyak 103,689 kali
- Darah mengalir 1,680,000 mil.
- Kuku tumbuh sepanjang 0.00007 inci
- Rambut tumbuh sepanjang 0.01715 inci
- Menghabiskan 2.9 pounds air
- Menghabiskan 3.25 pounds makanan
- Menghisap 438 kaki kubik udara
- Menghasilkan 1.43 pints keringat
- Berbicara sebanyak 4,800 kata
- Bergerak saat tidur sebanyak 25.4 kali.
# Tahukah anda kita tidak akan berasa GELI bila kita mengeletek diri kita sendiri.... hehehe
Marah itu kunci segala kesalahan
Perubahan sifat dan sikap sering kelihatan apabila seseorang berdepan dengan situasi yang memungkinkan mereka menonjolkan kemarahan. Cacian dan makian tidak terhitung dek kerana tenggelam dalam nafsu amarah. Paling malang, gelojak nafsu dibiar menguasai diri hingga menghilangkan pertimbangan akal.
MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci ALLAH SWT dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja’far bin Muhammad berkata: “Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).”
Marah juga adalah sifat semulajadi insani. Boleh jadi kemarahan yang ditunjukkan membawa kebaikan atau kecelakaan. Pada permulaan marah, ia bagaikan isyarat awal untuk membetulkan keadaan. Namun, apabila kemarahan didahulukan jauh daripada mengingati ALLAH, maka ia bertukar menjadi kebinasaan.
Berbeza sifatnya apabila marah dalam hal dan keadaan sesama akidah. Namun dibezakan disebabkan ketiadaan persefahaman dalam perkara-perkara khilafiah. Paling malang, apabila ada pihak yang berlebih-lebihan berprasangka sesama mukmin disebabkan suaranya tidak didengar atas urusan agama. Marah boleh menjatuhkan seseorang kepada keadaan kufur. Marah boleh jadi mengakibatkan kemusnahan “akidah”, apabila masalah khilafiah terus dibahas dalam keadaan “marah” dan tidak tahu usul agama.
Psikologi Manusia
Manakala di dalam kaedah psikologi manusia, terdapat beberapa jenis kemarahan yang berlaku di kalangan manusia. Keributan yang berlaku adalah tanpa sebarang amaran itulah yang dinamai sebagai:
a) Sudden Anger (Marah Mengejut)
-Individu yang mengalaminya mudah hilang sabar, sentiasa melahirkan “marah”, hatta dalam sekecil-kecil perkara. Namun, individu ini didapati cepat reda dan berasa menyesal. Walaubagaimnapun, alangkah indahnya apabila nafsu yang mengajak kepada kecelaan “marah” dapat dimulai dengan bacaan “Basmallah”.
b) Shame-based Anger
- Seorang yang sangat sensitif dengan suasana semasa.
- Tidak dapat tahan marah bila dikritik, diperleceh atau diketepikan. Beliau lebih gemar merasa betul atas segala tindakan tanpa penafian orang lain.
c) Deliberate Anger
- Percaya bahawa dengan menunjukkan kemarahan segala kemahuan
dan kehendak akan dipenuhi. Jenis begini tidak peduli untuk melanggar etika, undang-undang yang sedia ada asal matlamat digapai, haram katanya tidak mengapa.
- Suka memanipulasi, membuli & menguasai orang lain.
- Berpuas hati & megah sekiranya orang yang dimarahi berasa tersinggung & sedih.
d) Addictive Anger (Ketagihan Marah)
- Menjadi ketagih untuk marah apabila berada dalam ketagihan & tidak dapat menahan kemarahan.
- Ada kaitan dengan ketagihan arak & dadah.
Kemarahan yang meluap-luap dilupai akan memburukkan wajah pemarah, menyempitkan salur darah, disebabkan berlumba-lumbanya syaitan di dalam salur darah untuk menyucuk butir-butir kata dan tindakan penuh mazmumah. Maka lahirlah kemarahan yang disorak-sorai oleh syaitan laknatullah.
Renungilah dan hayatilah firman ALLAH SWT:
“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.”
[Surah al-Syura ayat 37]
Marahnya Rasulullah Shollallahu allaihi wassalam
Suatu kisah ketika Rasulullah SAW sedang duduk ditengah-tengah para sahabat, tiba-tiba datang seorang rahib yahudi bernama Zaid bin Sa’nah. Kemudian dia menyambar kain Rasulullah SAW dan berkata dengan kasar; “Ya Muhammad! Bayarlah hutangmu. Kamu keturunan Bani Hasyim melambat-lambatkan pembayaran hutang.”
Sememangnya ketika itu Rasulullah SAW berhutang dengan yahudi tersebut. Tetapi Rasulullah mengerti bahawa masa yang dijanjikan untuk membayarnya belum sampai. Melihatkan keadaan sebegitu, Saidina Umar r.a lalu bangun dan menghunus pedangnya. “Wahai Rasulullah SAW, izinkan aku memenggal leher manusia yang kurang ajar ini.”
Namun, dengan penuh kelembutan dan ketenangan Rasulullah SAW bersabda; “Ya Umar, aku tidak disuruh berdakwah dengan cara yang kasar. Antara aku dan dia memang memerlukan kebijaksanaan daripadamu. Suruhlah dia menagih hutangnya dengan sopan dan ingatkanlah aku supaya aku dapat membayar hutangku dengan baik.”
Mendengar sabda Rasulullah SAW tersebut, orang yahudi itu pun berkata: “Demi yang mengutusmu dengan kebenaran, sebenarnya aku tidak akan datang untuk menagih hutang, tetapi aku datang untuk menguji akhlakmu. Aku mengerti masa untuk melunaskan hutang itu sebelum sampai waktunya. Akan tetapi aku telah membaca sifat-sifatmu dalam kitab Taurat. Semua sifat-sifatmu sungguh terpuji. Namun masih ada satu sifatmu yang belum aku ketahui iaitu tentang kebijaksanaanmu bertindak ketika waktu marah. Ternyata tindakan ceroboh yang dilakukan orang terhadapmu, engkau masih dapat mengawalnya dengan cara bijaksana.”
Ini merupakan satu hakikat yang aku saksikan sendiri, maka terimalah Islamku ya Rasulullah SAW, kemudain orang yahudi itupun mengucap dengan mengakui Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Rasulullah SAW adalah pensuruh ALLAH.
Kemudian ia berkata lagi: “Wahai Rasulullah, adapun hutangmu, aku sedekahkan kepada fakir miskin dan kaum muslimin”
Demikianlah antara sebuah kisah kehebatan akhlak Rasulullah SAW dalam menghadapi marah. Manakala, hari ini dalam menguruskan kemarahan yang terjadi tanpa diminta, adalah menjadi tanggungjawab setiap insan dalam menghadapi situasi yang mudah mengundang marah, memerlukan tindakan pantas kepada memikirkan sabar.
Rasulullah bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).”
(Riwayat al-Tirmizi)
Bangga dengan Marah
Kedapatan manusia bangga dengan sifat marah yang dimilikinya, katanya ia membuat orang hormat akan dirinya. Maka, katanya mudah untuk mengurus suasana. Ketika masyarakat bertemu dengannya, hormat yang disangka rupanya pura-pura. Kepada ketua, anak buah kelihatan bermuka-muka, didepan ketua puji dan puja, tetapi di belakang mereka mencela.
Persoalan kepada semua, apakah dengan kemarahan menyelesai segala perkara. Mewujudkan ukhuwwah ikhlas sepanjang masa? Melakar baik sangka kenapa sukar dicipta? Tidakkan tuan merasa gembira, melihat semua ikhlas menerima kehadiran tuan disisi semua.
Terimbau kepada satu cerita mengenai kesabaran, suatu hari Imam Ibnu Abbas r.a sedang menunggang kuda. Tiba-tiba datang seorang lelaki menghampirinya dan mengatakan berita dukacita kepadanya. Orang itu berkata:
“Ayahmu telah meninggal dunia ya Ibnu Abbas. Mendengar berita tersebut Ibnu Abbas r.a hanya mengucapkan: “Inna Lillahi wa inna ilahi raji’un. La haula walaa quwata illa billah.” Kemudian Ibnu Abbas r.a turun dari kudanya dan solat akan dia dua rakaat. Setelah selesai mengerjakan solat, orang itu bertanya kepada Ibnu Abbas: “Mengapa kamu sambut dengan solat setelah aku memberi tahumu akan kemangkatan ayahndamu wahai Ibnu Abbas?”
Ibnu Abbas r.a menjawab: “Apakah kamu tidak pernah mendengar firman ALLAH SWT yang memerintahkan:
“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang sabar.”
[al-Baqarah:153]
Justeru, Rasulullah menganjurkan umatnya jangan marah. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!” (Riwayat al-Bukhari).

Langgan:
Ulasan (Atom)